Description
Kepesatan pembangunan negara Malaysia pada hari ini menyumbang ke arah peningkatan pembangunan umum pembinaan jalan raya. Kebanyakan jalan raya yang disediakan tidak menampung peningkatan bilangan dan pengguna jalan raya yang semakin banyak pada masa kini. Usaha bagi menaiktaraf, melebar dan membina jalan baru giat dilaksanakan di kawasan tertentu mahupun diseluruh negara. Pengurusan perancangan trafik yang berkesan perlu memastikan aliran trafik berfungsi dengan lancar pada tahap yang diterima dan selamat untuk orang awam, pekerja binaan mahupun kepada pengguna jalanraya tersebut. Perancangan pengurusan trafik ini merupakan sektor yang amat penting melibatkan pengurusan yang begitu teliti terhadap pelbagai tujuan dan perkara seperti menyiasat kadar aliran trafik, dapat mengetahui penyediaan awal kerja untuk pembinaan jalan, pengurusan masa dalam sesuatu projek, pengurusan bahan binaan, jentera dan teknologi, tenaga kerja mahir, keselamatan pekerja dan lalu lintas, penggunaan alat komunikasi serta perancangan dalam mengenalpasti masalah projek pembinaan. Industri pembinaan jalan memainkan peranan yang penting dalam pengurusan trafik untuk memastikan aliran trafik dapat berjalan dengan lebih baik dan selamat.
Reviews
There are no reviews yet.