fbpx

Pensijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2:Modul CU02 Penyelarasan Kerja Tanah

RM19.99

Publication Date : 2024
Publisher : Advanced Micro Systems Sdn Bhd
Screen Reader : Supported
Language: : Bahasa Melayu Version

Category:

Description

Kerja tanah ialah sesuatu aras yang dibentuk sama ada dengan memotong atau menambun tapak bagi menempatkan bangunan yang dicadang bergantung sepenuhnya pada keadaan tapak sama ada mempunyai sama rata, lebih tinggi atau lebih rendah bagi aras pembentukan. Sebelum melakukan aktiviti kerja tanah, pembersihan tapak hendaklah dilakukan seperti melakukan aktiviti kebersihan dan membersih kawasan binaan atau tapak dari segala pokok-pokok, tumbuhan dan kayu-kayu atau tunggul pokok mati atau pun bahan-bahan yang tidak diperlukan. Terdapat beberapa peringkat kerja yang perlu diketahui yang merangkumi aspek-aspek seperti penyediaan tapak, pemotongan dan pemadatan, pemeringkatan serta pembersihan tapak bina. Peringkat kerja pembersihan ini amat penting agar kita dapat menghasilkan sebuah jalan raya yang selamat, tahan dan berkualiti. Dalam mengambil ukuran, reka bentuk sesuatu tanah atau kawasan untuk pembersihan tapak, kerja ukur hendaklah dilakukan bagi memastikan kerataan, menambat dan kerja pemotongan dilakukan mengikut piawaian yang disediakan dalam kerja pengukuran yang diambil. Ilmu ukur merupakan sesuatu ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada diatas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar keseluruhan kawasan tersebut. Apabila titik tersebut dipelot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk muka bumi semulajadi atau cipta jadi seperti bukit, sungai, jalan raya, landasan keretapi, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul.

Reviews

There are no reviews yet.

test

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.