fbpx

Pensijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2:Modul CU04 Penyelarasan Kerja Turapan

RM19.99

Publication Date : 2024
Publisher : Advanced Micro Systems Sdn Bhd
Screen Reader : Supported
Language: : Bahasa Melayu Version

Category:

Description

Dalam pembinaan suatu jalan, hendaklah memastikan siasatan keatas kemampuan tanah untuk memastikan daya tampungan beban kenderaan dapat ditampung dengan teguh dan tahan. Keadaan tanah yang lembut hendaklah diganti atau ditimbuskan dengan menggunakan tanah yang lebih keras dan akan dipadatkan menggunakan lapisan asas secara berperingkat seperti lapisan Subgrade, Subbase dan Road Base pada permukaan lapisan tanah dengan menggunakan bantuan mesin dan jentera. Struktur atas juga merupakan sesuatu lapisan asas yang diletakkan pada permukaan turapan yang paling atas. Jenis turapan boleh kepada beberapa kategori iaitu Flexible Pavement, Rigid Pavement dan Interlocking Pavement Block. Lapisan-lapisan turapan ini hendaklah diletakkan diatas permukaan lapisan dengan menggunakan jentera mengikut kesesuaian turapan yang digunakan. Pemadatan sesuatu lapisan dalam pembinaan hendaklah dititikberatkan dari aspek ketahanan lapisan dan memastikan lapisan turapan tersebut dapat menampung daya yang akan dikenakan ke atas permukaan lapisan yang telah dipadatkan. Kebiasaannya, permukaan kawasan tanah menggunakan tanah semulajadi yang telah dipadatkan untuk dijadikan sebagai permukaan laluan dan batu kelikir pula dijadikan sebagai satu lapisan yang dihamparkan ke atas tanah yang telah dipadatkan untuk membentuk sesuatu permukaan yang lebih baik dan kuat.

Reviews

There are no reviews yet.

test

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.