Description
Perabot jalan merupakan satu panduan atau keterangan kepada pengguna jalan raya dalam membuat keputusan dan tindakan yang selamat. Perabot jalan raya (Road furniture) meliputi kesemua tanda dan kelengkapan jalan yang disediakan dalam memberi panduan dan peraturan kepada pengguna jalan raya. Adalah penting kedudukan perabot jalan dalam memberi panduan dan peraturan yang lebih jelas kepada pengguna bagi meningkatkan keselamatan. Secara amnya, kelengkapan perabot jalan adalah seperti papan tanda jalan, penghadang keselamatan jalan raya (guardrail), tiang panduan dan penandaan jalan raya manakala untuk perabot jalan awam pula adalah berbentuk papan tanda seperti amaran, peraturan, jarak dan maklumat arah begitu juga dengan penggunaan M&E dalam sesuatu perabot jalan yang berasaskan kepada penggunaan elektrik seperti tiang lampu, lampu jalan atau traffic light.
Reviews
There are no reviews yet.