Description
Kawasan tanah tinggi atau cerun merupakan pemandangan yang cantik dan kebiasaannya kawasan-kawasan ini dibangunkan sebagai kawasan tempat persinggahan pelancongan atau tempat kediaman eksklusif peribadi. Dalam struktur kaji tanah (Geoteknikal), tanah tinggi atau digelar sebagai cerun merupakan kawasan yang penting bagi sesuatu keperluan atau tadahan air minum khas untuk penduduk, kawasan habitat kehidupan liar dan kebiasaannya cerun ini merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Pembentukan tanah tinggi atau cerun ini disebabkan oleh Lereng Semula Jadi atau Lereng Buatan Manusia. Cerun yang curam merupakan cerun yang tidak stabil dan ketidakstabilan ini boleh menyebabkan pergerakan tanah ke bawah lereng yang dikenali sebagai kegagalan sesuatu cerun. Kegagalan cerun ini boleh menyebabkan kerosakan harta benda dan boleh meragut nyawa serta kehadiran bencana alam yang lain juga merupakan satu penyebab akan berlaku kegagalan seperti kejadian tanah runtuh, hakisan tanah dan banjir lumpur terutama pada kawasan-kawasan seperti tanah tinggi. Selain daripada faktor geologi (bencana alam) dan jumlah curahan hujan, aktiviti pembangunan yang dijalankan di tanah tinggi juga memberikan kesan yang padah kepada cerun dan alam sekitar.
Reviews
There are no reviews yet.